Pensejarahan membawa maksud karya atau penulisan yang
berkaitan dengan sejarah.Sejarahwan akan menghasilkan penulisan berkaitan
dengan sejarah berdasarkan sumber-sumber sejarah.Menurut Muhd Yusof ibrahim dan
Mahayuddin Haji Yahaya (1988), pensejarahan merupakan hasil karya atau
penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarahwan.Ahli-ahli sejarah akan
mengkaji dan menyelidik tentang peristiwa-peristiwa masa lalu,tentang masyarakat
dan juga tentang zaman yang telah berlalu.

Dalam pengertian pensejarahan Malaysia,secara umumnya
merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai Malaysia yang dikatakan telah
bermula lebih kurang abad ke-15 iaitu sesuai dengan kewujudan karya-karya
sejarah.Sejarahwan telah menghasilkan penulisan berkaitan dengan
kerajaan-kerajaan awal di tanah melayu.Khoo Kay Kim dan Muhammad Musof Hashim
antara sejarahwan tempatan misalnya berpandangan pensejarahan Malaysia bermula
dari zaman Kesultanan Melayu Melaka.Menurut Khoo kay Kim juga,pensejarahan di
Malaysia telah bermula dari kurun ke-16 manakala Muhammad yusof hashim
menegaskan pensejarahan negara seharusnya bermula dengan tradisi Melaka.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Dalam kontek pensejarahan Malaysia juga,terdapat dua
proses pensejarahan  iaitu sejarah
pra-merdeka, yang mengembang dalam dua tahap.Para sejarahwan bersetuju bahawa
pensejarahan pra-merdeka ditahap pertama pada zaman feudalisme melayu manakala
tahap kedua pula dalam pensejarahan moden yang bersifat Euro-Centric yang
dicatatkan sejarahwan barat di tanah melayu.Proses pensejarahan yang kedua pula
adalah selepas era kemerdekaan iaitu pensejarahan baharu yang muncul dengan
kehadiran sejarahwan tempatan yang lebih bersifat Malaysia Malaysia-Centric.

Kesimpulanya,proses
pensejarahan di Malaysia secara umumnya merujuk kepada karya-karya dan
penulisan sejarah yang berlaku di negara ini yang telah bermula dari abad ke-15
dan telah melalui perbagai proses pensejarahan sehinggalah sampai ke tahap
pensejarahan moden.