Tamadun memelihara warisan serta khazanah bangsanya. Sikap

Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal di dunia. Mereka
mempunyai system organisasi sosial dimana masyarakat negara kota lebih teratur.
Masyarakat negara kota terbahagi kepada golongan pemerintah, rakyat bebas, dan hamba.
Sistem pemerintahan tamadun tersebut ialah berbentuk teokrasi dimana raja
dianggap sebagai tuhan dan pemilik kota.

Tamadun Mesopotamnia telah menyumbang dari beberapa segi aspek, antaranya
ialah Kod Undang-undang Hammurabi, digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabbi.
Ianya diapahat di tembok serta tiang besar agar rakyat dapat membaca. Permasalahan
di kalangan masyarakat pelbagai kaum telah dapat dielakkan kerana wujudnya
undang-undang ini.Undang-undang ini telah dapat mewujudkan perpaduan dan memperkuatkan
sistem organisasi dalam kehidupan masyarakat tersebut.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Tulisan pepaku, tulisan baji atau kuneiform
merupakan antara sistem tulisan terawal yang diketahui dalam sejarah.Dengan kewujudan
sistem tulisan ini, ia telah membawa kepada sistem pendidikan yang bertujuan
untuk melahirkan jurutulis.  Ini adalah
untuk membolehkan urusan pentadbiran dan perniagaan dicatat supaya dapat
direkodkan.

Walaupun
di  Mesopotamia wujud sistem bandar,
undang-undang, tatacara jual beli dan sebagainya, namun ini tidak bererti
kemajuan dan ilmu itu hanya dikuasai oleh mereka.  Sebaliknya, kemajuan tamadun ini boleh
dicapai dan dikembangkan oleh mana-mana bangsa di mana-mana daerah sekiranya
wujud usaha yang gigih serta kayakinan diri yang tinggi.

Keagungan
sesuatu tamadun itu tidak dapat dinikmati oleh generasi sekarang sekiranya
tiada pemimpin atau tokoh pada masa itu yang menyedari tentang kepentingan
memelihara warisan serta khazanah bangsanya.

Sikap tidak menerima perubahan, dari segi
teknologi ataupun perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial menjadi
punca kejatuhan sesebuah tamadun.Penjajahan yang belaku di Mesopotamia antara
punca kehancuran tamadun tersebut. Secara keseluruhannya, untuk mendapatkan ilmu kita mestilah rajin
membuat kajian.Sesebuah organisasi tidak akan dapat bertahan selagi tiada
kerjasama antara ahli organisasi tersebut. Komunikasi antara dua pihak
penting dalam mewujudkan persefahaman antara satu sama lain.Kemajuan sesebuah
tamadun dapat dicapai jika pemimpin memainkan peranan dan tanggungjawab dengan
sempurna.Teknologi juga sangat penting untuk memajukan sesebuah tamadun.